Print

Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah

Written by Pembangun Web pada 18 April 2012. Di dalam bahagian Profil

Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah ditubuhkan pada tahun 1935 dibawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis sebagai sekolah menengah swasta yang terletak di alamat Jalan Besar, 02600 Arau, Perlis. Pada tahun 1988, SMA AL MAAD diletakkan di bawah pengurusan Yayasan Islam Perlis (YIPs) sepenuhnya selaras dengan objektif penubuhan YIPs.

Pada tahun 2005, YIPs telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menjadikan AL MAAD sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Walaupun, sekolah tersebut didaftarkan dibawah KPM, kurikulum asal sekolah tidak akan diubah dan segala bantuan kewangan akan disalurkan kepada sekolah melalui Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri. Gaji guru dan kakitangan sokongan akan dibayar oleh KPM dan pihak YIPs masih ada hak keatas sekolah dalam menentu hala tuju dan persetujuan bersama harus dicapai dalam menentukan dasar-dasar sekolah.

Hubungi :

SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah (AL MAAD)
Jalan Besar Arau, 02600 Arau,
PERLIS
 
No. Telefon  : 04-9861350
No. Faks     : 04-9866852